Thursday, 13 December 2012

Lagu : Tubuhku Dan Gunanya






LAGU : TUBUHKU DAN GUNANYA


Saya melihat warna dengan mata (Mata),
Saya mendengar bunyi dengan telinga (Telinga),
Saya merasa manis, gunakan lidah saya,
Saya menghidu guna hidung pula.

Kalau saya memegang dengan tangan (Tangan),
Kalau saya berlari dengan kaki (Kaki),
Kalau saya nak makan, gunakan mulut saya,
Kalau saya dah tahu sebut semua.

(MATA, TELINGA, LIDAH, HIDUNG,

TANGAN, KAKI, MULUT)

(ikut melodi lagu "if you are happy")



Sunday, 9 December 2012

UNIT 2 : MANUSIA

Nama Bahagian-Bahagian Tubuh

Mata
Telinga
Hidung




Mulut

Lidah
Gigi

Tangan
Kaki




Friday, 7 December 2012

Istilah Ciri-ciri Benda Hidup

ISTILAH PENTING DALAM TRIBAHASA

Bil.
Bahasa Malaysia
Bahasa Cina
Bahasa Inggeris

1.
Memerlukan air 
dan makanan
需要水和食物
Need water
 and food

2.
Bernafas
会呼吸
Breathe

3.
Bergerak
会动
Move

4.
Membesar
会成长
Grow

5.
Membiak
会繁殖
Reproduce

Tuesday, 4 December 2012

Ciri-Ciri Benda Hidup


1) Memerlukan air dan makanan


Benda hidup memerlukan makanan dan air untuk hidup. Haiwan mencari makanan di sekelilingnya. Tumbuhan menyerap air dari tanah melalui akarnya. Selain itu, tumbuhan juga boleh membuat makanannya sendiri.



2) Bernafas


Benda hidup bernafas untuk mendapatkan udara. Benda hidup bernafas dengan cara-cara yang berbeza. Misalnya, manusia bernafas melalui paru-paru manakala ikan bernafas melalui insang.
















3) Bergerak


Benda hidup boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Misalnya, haiwan bergerak untuk mencari makanan atau melarikan diri daripada bahaya yang dihadapi. Tumbuhan boleh bergerak dengan perlahan-lahan melalui batang dan akarnya untuk mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya.














4) Membesar


Benda hidup boleh membesar. Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak  kepada peringkat dewasa. Tumbuhan pula membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat dewasa.


5) Membiak


Benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus. Benda hidup menggunakan dua cara untuk mendapatkan anak, iaitu melahirkan anak atau bertelur.



































Saturday, 1 December 2012

UNIT 1: BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

Benda Hidup adalah benda yang bernyawa seperti haiwan, manusia dan tumbuhan.

Benda Bukan Hidup adalah benda yang tidak bernyawa seperti perabot, alat tulis dan kenderaan.


有生命的东西叫生物,没有生命的东西叫非生物。

Manusia



Tumbuhan
         


     Benda  Hidup
Haiwan