Tuesday, 4 December 2012

Ciri-Ciri Benda Hidup


1) Memerlukan air dan makanan


Benda hidup memerlukan makanan dan air untuk hidup. Haiwan mencari makanan di sekelilingnya. Tumbuhan menyerap air dari tanah melalui akarnya. Selain itu, tumbuhan juga boleh membuat makanannya sendiri.



2) Bernafas


Benda hidup bernafas untuk mendapatkan udara. Benda hidup bernafas dengan cara-cara yang berbeza. Misalnya, manusia bernafas melalui paru-paru manakala ikan bernafas melalui insang.
















3) Bergerak


Benda hidup boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Misalnya, haiwan bergerak untuk mencari makanan atau melarikan diri daripada bahaya yang dihadapi. Tumbuhan boleh bergerak dengan perlahan-lahan melalui batang dan akarnya untuk mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya.














4) Membesar


Benda hidup boleh membesar. Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak  kepada peringkat dewasa. Tumbuhan pula membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat dewasa.


5) Membiak


Benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus. Benda hidup menggunakan dua cara untuk mendapatkan anak, iaitu melahirkan anak atau bertelur.



































1 comment: